Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..alhamdulillah sangat2 bersyukur hari ini diberi kesempatan untuk menulis blog yang dah lama saya tinggalkan..last post haritu mase semester 1 dan sekarang nk masuk semester 5 dah..ya Allah..pejam celik pejam celik x sedar masa berlalu..dah 2 tahun saya x menulis blog nie..dan sy dah nk masuk tahun akhir sebagai pelatih penolong pegawai farmasi..terasa macam baru semalam mendaftar sebagai pelajar baru..
Post kali ini adalah berkisar tentang seorang wanita..Dahulu dan Sekarang...
Aku berasa sedih dengan keadaan diriku sekarang..sama sekali aku merasakan diriku sudah semakin jauh daripada Nya..banyak perkara yang mendorong aku semakin jauh denganNya..yaAllah ak bersyukur kerana Kau masih memberi peluang padaku untuk menyedari kesilapanku dan terus mengingatiMu..di manakah saya yang dahulu???sepatutnya semakin meningkat usia ak menjadi smakin matang dan berubah ke arah lebih baik..mungkin orang sekeliling tidak memahami ak yang sebenarnya..semuanya kelihatan sama seperti biasa..ak tetap ak yang dulu..namun..jauh di sudut hati ini..ak menyedari diri ini semakin jauh terpesong dek godaan syaitan dan duniawi..biarlah diri ini sahaja yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku supaya tidak mengaibkan sesiapa..
Segala keterlanjuran yang ak lakukan selama ini..ak sedar semua itu yaAllah..berdosanya ak melakukan sesuatu yang ak sedar ak tengah berdosa melakukannya..lemah imanku ya Allah..apakah ini ujian yang Kau beri untuk menguji imanku..Berat ya Allah ujian sebegini..tapi ak percaya ak mampu memikulnya yaAllah..Kau tahu serba serbi kekuranganku yaAllah..ak tidak mmpu berdiri seorang diri tanpa sahabat-sahabat yang menyokong dari belakang ya Allah..ak mohon Kau beri aku kekuatan untuk menggalas ujianMu ya Allah..Hatiku semakin keras ya Allah..lembutkanlah hatiku untuk mendekatkan diriku kepadamu YaAllah YaRabb..Kau sahaja yang Maha Mengetahui isi hati hambamu yang lemah ini ya Allah..
Aku lupa segala dosa yang dilakukan akan memberi kesan bukan sahaja pada diriku malah ibu bapaku bersama..ya ALLAH Kau lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungi ak selama ini..Kau ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka serta sekalian umat islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..Aku bersyukur Kau masih memberi ak hidayah tatkala ak hanyut sudah keberapa kali dari mengingatiMu..peliharalah aku, keluargaku, dan sekalian sahabat handai daripada maksiat yaAllah..daripada segala kemurkaanMu..ak mohon yaAllah..Kau lindungilah hati-hati kami dengan cahaya Rabb Mu..
Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada cerita ini..kita tidak tahu selepas ini nasib kita macam mana..mungkin kita tergolong seperti sahabat kita..mudah-mudahan kita diberi kekuatan dalam menempuh ujian Allah apatah lagi di akhir zaman yang penuh dengan cabaran..ingatan ini adalah untuk diri saya sendiri juga yang goyah imannya tatkala disepit dengan ujianNya..
Sekian..wallahu'alam
No comments:
Post a Comment