Saturday, 28 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kita diberi ruang dan peluang untuk melangkah ke dalam bulan yang mulia disisi Allah Ramadhan 1435H..di kesempatan ini sy juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini andai terdapat khilaf sma ada sengaja atau tidak..diharapkan Ramadhan kali ini menjadi pemangkin kepada kita semua untuk membaiki diri sebagai seorang hamba di sisi Allah dan mengejar redhaNya..insyaALLAH

puasa kali ini amat bermakna bagi saya kerana lain dengan tahun2 sebelumnya..pertamanya saya akan menjalani latihan praktikal di Hospital sepanjang bulan ramadan..sy berdoa agar Allah permudahkan segala urusan sepanjang ramadhan ini..selain itu, saya dapat menyambut ramadhan kali ini sepenuhnya di rumah..berbeza dengan tahun2 sebelum ini saya menyambutnya di perantauan..chewahhh..i mean tmpt belajar..alhamdulillah..

akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 lain dengan penuh rasa keikhlasan dan kesyukuran..semoga beroleh barakah bulan ramadhan dan juga redhaNYA..insyaALLAH


Salam Ramadhan Al-Mubarak ;)

sekian,wallahua'alam....



















Thursday, 12 June 2014

Latihan Praktis Sem 4 ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua..alhamdulillah sempat lagi nk tulis post seterusnya..kali nie ak besar hati nk share sikit lah tentang praktikal semester lepas..walaupun ad satu lg semester untuk praktikal..tp ak decide nk cerita siap2 takot xsempat selak blog ni lagi..hehehe..

aku memulakan latihan praktis di Hospital Pulau Pinang pada awal januari tahun nie..pada mulanya aku berasa gementar kerana mna tidaknye aku seorang jaaa wakil dari kls aku yang datang berpraktikal di sini..apatah lagi bila mendapat cerita keadaan di Hospital Pulau Pinang yang agak sibuk berbanding hospital lain..tapi apapun berlaku aku ttp tabahkan hati melalui detik2 itu..

setiap hari aku bangun seawal 5.30 pagi dan keluar rumah lebih kurang jam 6.15 pagi..aku menumpang pakcik aku yang sudi menghantar ke hospital setiap hari..perjalanan ke hospital lebih kurang 45 minit mngikut keadaan jalan jugak lerr..kalu jem jgn harap nk smpai awal..sbb tu kami lebih selesa keluar lebih awal utk elak kesesakan jalan..smpai di hospital seperti biasa sayalah antara yang paling awal datang..hahahaha..semangat btol trainee sorang nie..padahal depa  xtaw ak nie terpaksa datang awl tumpang orang laa katakan..kalau pkcik ak x keje lain plak cerita..sama jugak ak keluar umah awal jam 6.15 pg tp mak ak hntarkan samapi jeti butterwoth then ak naik feri jam 6.45 then naik bas pulak rm1.40 ke hospital..kalu mcm ni ak x smpai awl lahh..dalam 7.45 pg baru ak punch card tp still within time..selamattt!!kt hospital nie guna sistem punch card ngn thumbprint..dua-dua sekali kena..tp alhamdulillah laa..smua clean je spnjg satu sem praktikal sini..harap2 leh maintain n xde mslh laa..semua dipermudahkan...

Setiap hari hatiku x lekang berdoa agar segalanya berjalan lancar..maklumlah ak nie trainee jerr..kadang-kadang takot gk org buli kerrr..spnjg jln plak jauh takut apa2 jadi..time balik plak..ak akan jalan menunggu bas di sebelah penjara tueee..dh naik bas ak ad 2 choice..kadang ak turun komtar tunggu makcik ak balik keje 5.30pm then tumpang die smpai umah naik kereta..other choice is..naik bas smpai jeti then naik feri smpai btwth mak atau kak ak amik balik umah..itulaa kisahnyerr..ad korang kisah ker??hahahha..its ok..bergantung laa pada pembaca nk tahu atau x pasal ak nie..ak suke2 jerr nk share kt blog nie..hehehehe

pengalaman menggunakan pengankutan awam di penang adalah sgt2 mahal..byk btol suka duka semua ikut nasiblerrr..kalau nsb baik alhamdulillah semuanya smooth n ak bleh smpai umah awal..kalu ari naseb x baik tu..mcm2 hal lahhh..hanya mampu ditemani kesabaran..sungguh!!! orang yang xde kesabaran cannot hold this..alhamdulillah ak diberi kekuatan lalui semua nie..pengalaman naik bas rapid tuh..bygkanlah..naik bas dgn keadaan crowded..jrglaaa nk dpt bs yang lengang waktu peak hour but depend jgk nasib aku..mcm2 perangai..mcm2 jnis manusia yang kita boleh tgk..suka ke tak kita hnya mmpu berdiam dan bersabar..huhuhuhu..sme laaa time naik feri..rmai je org yang mcm aku berulang dr penang-seberang..so mmg sesaknya xtaw nk ckp..jln nk naik feri plak jauh gilaaa..hanya Tuhan yang memahami..sesiapa yang pernah lalui akan faham apa ak ckp nie..kalu yang x pernah dyorang akn ckp alahhhh senang je tuh..in order nk buat saving..rmai pekerja2 kt penang yang tinggal kt seberang decide naik bas n feri as transport hari2..kalu x mmg pokai lahhhh..bayang laaa duit minyak lagi...naik jambatan duit tol lagi...mmg semput lahhh..laen laaa kalu gaji mmg masyukkkk..bleh nmpklaaa kete2 besa jerrr yang dok berulang ngn kete nih..

Haaa.. baru cerita transport..byk btol ennn..suasana kt hospital plakkk..alhamdulillah walaupun ak seorang saja yang mndftr sbg trainee dr kolej aku..ak still diberi kekuatan lalui semua ni..syukur yaAllah..ak cuba sedaya upaya untuk rapat dgn staff2 kt sini..tanpa dyorng xdela kawan aku..cmne ak nk survive hidup sorang2..hari demi hari ak bolehlaaa adapt hidup kt sini..senior2 pn bg layanan n tunjuk ajar yang baik..apa pun yang berlaku ak percaya semuanya hasil dari tingkahlaku ak sendiri..selain aku, ad juga trainee daripada uitm yang sudah lama mendaftr di situ..mereka juga banyak memberi tnjuk ajr kt aku..thnks so much..

last day dyorang..trainee uitm ;)

Sebulan laa jgk ak tinggal sorang2 sebab dyorang dh blah..its okay..ak amik semua sbg satu cabaran..sebulan lps tu..dtglaa budak2 unikl pulak baru mendaftr..alhamdulillah boleh lagi ak tmbh geng2 kt hpp nih..bukan senior2 lain xbleh jd geng..ak no hal..cuma ak lebih selesa sesama trainee..hehehehe..

ini antara MOMENTS to share~~~

ni laa trainee unikl..dyorg dh sem 6..AF n fatin @mee udang sg dua ;))

my new family @ hpp..will miss u guys ;))

ini ialah dayah,meru n aimi @ aimi's besday ;))

friday lunch @marrybrown..sorang2 baju peach..kak farah, ila n k tun were here ;)

coming soon i'll change colour of mine..hehehe...from left : ila, tikah, me n kak tun ;p

budak nakal..a trip to escape!!

here we are@escape adventure park ;)

flyingfox yawww ;)

kalu nk share gamba byk sgt nih...heheheheh..blum lagi nk cerita psl skop keje aku..xpelaa maybe next entri..insyaAllah..apapun yang berlaku..ak bersyukur sangat2 sebab dapat kawan2 yg supportive n friendly eventhough semua dr berlainan latar belakan n umur..alhamdulillah..all of u will be one of my great moments in HPP n hope our friendship is everlasting..ana uhibbukum fillah..terima kasih atas semua memori indah sepanjang di HPP..hope will have time together again to create more memories..i love u guys so much..

Sekian, wallahua'lam ;)

Wednesday, 11 June 2014

Dahulu dan Sekarang~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..alhamdulillah sangat2 bersyukur hari ini diberi kesempatan untuk menulis blog yang dah lama saya tinggalkan..last post haritu mase semester 1 dan sekarang nk masuk semester 5 dah..ya Allah..pejam celik pejam celik x sedar masa berlalu..dah 2 tahun saya x menulis blog nie..dan sy dah nk masuk tahun akhir sebagai pelatih penolong pegawai farmasi..terasa macam baru semalam mendaftar sebagai pelajar baru..

Post kali ini adalah berkisar tentang seorang wanita..Dahulu dan Sekarang...

Aku berasa sedih dengan keadaan diriku sekarang..sama sekali aku merasakan diriku sudah semakin jauh daripada Nya..banyak perkara yang mendorong aku semakin jauh denganNya..yaAllah ak bersyukur kerana Kau masih memberi peluang padaku untuk menyedari kesilapanku dan terus mengingatiMu..di manakah saya yang dahulu???sepatutnya semakin meningkat usia ak menjadi smakin matang dan berubah ke arah lebih baik..mungkin orang sekeliling tidak memahami ak yang sebenarnya..semuanya kelihatan sama seperti biasa..ak tetap ak yang dulu..namun..jauh di sudut hati ini..ak menyedari diri ini semakin jauh terpesong dek godaan syaitan dan duniawi..biarlah diri ini sahaja yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku supaya tidak mengaibkan sesiapa.. 
Segala keterlanjuran yang ak lakukan selama ini..ak sedar semua itu yaAllah..berdosanya ak melakukan sesuatu yang ak sedar ak tengah berdosa melakukannya..lemah imanku ya Allah..apakah ini ujian yang Kau beri untuk menguji imanku..Berat ya Allah ujian sebegini..tapi ak percaya ak mampu memikulnya yaAllah..Kau tahu serba serbi kekuranganku yaAllah..ak tidak mmpu berdiri seorang diri tanpa sahabat-sahabat yang menyokong dari belakang ya Allah..ak mohon Kau beri aku kekuatan untuk menggalas ujianMu ya Allah..Hatiku semakin keras ya Allah..lembutkanlah hatiku untuk mendekatkan diriku kepadamu YaAllah YaRabb..Kau sahaja yang Maha Mengetahui isi hati hambamu yang lemah ini ya Allah..


Aku lupa segala dosa yang dilakukan akan memberi kesan bukan sahaja pada diriku malah ibu bapaku bersama..ya ALLAH Kau lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungi ak selama ini..Kau ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa-dosa mereka serta sekalian umat islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..Aku bersyukur Kau masih memberi ak hidayah tatkala ak hanyut sudah keberapa kali dari mengingatiMu..peliharalah aku, keluargaku, dan sekalian sahabat handai daripada maksiat yaAllah..daripada segala kemurkaanMu..ak mohon yaAllah..Kau lindungilah hati-hati kami dengan cahaya Rabb Mu..

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada cerita ini..kita tidak tahu selepas ini nasib kita macam mana..mungkin kita tergolong seperti sahabat kita..mudah-mudahan kita diberi kekuatan dalam menempuh ujian Allah apatah lagi di akhir zaman yang penuh dengan cabaran..ingatan ini adalah untuk diri saya sendiri juga yang goyah imannya tatkala disepit dengan ujianNya..


Sekian..wallahu'alam