Thursday, 6 December 2012

Pharmacy...

assalamulaikum semua...seperti yang telah diberitahu...alhamdulillah di kelapangan mase nie boleh la nk share serba sikit pasal kos yang ak amik skrg nie...diploma farmasi...dengar macam senang maklumlah dalam kepala masing-masing bila sebut farmasi je pikir ubat-ubat laa kn...sebenarnya bukan sekadar itu...banyak intipati yang boleh kita pelajari daripada kos ni...mungkin terlalu awal nk citer kn maklumlah ak pn baru je hbs semester 1..tp nk citer jugak..hihi..hmmm..actually farmasi ni adalah salah satu kos yang hard core sebenarnya selepas medik dan dentistry...sape setuju?? hehehe...tp klu tahap ak skunk baru diploma kn...banyak lg ilmu yang perlu di expose..tapi x ape..sikit2 lame2 jd bukit..yang penting minat bg aku..mungkin orang boleh kate minat boleh dipupuk...tp pendapat ak mmg bercanggah sama sekali...lebih baik belajar ape yang kita minat baru mudah dapat...kn3???ikutlah kalu anda ada pendapat masing-masing saya hormatinya..heheheh...


bila cakap pasal ubat2 kadangkala kita terlupa yang kita nie mengharapkan 100% pada keberkesanan ubat tu untuk sembuhkan penyakit...walhal kita silap di situ...jangan kita lupa bahawa yang menyembuhkan penyakit hanyalah ALLAH SWT...ubat -ubat yang kita ambil hanya sebagai ikhtiar dan kita x boleh sepenuhnya bergantung pada ubat...walau hebat mana pun, mahal mana pun, DOS kuat pun, kalu tidak dengan izinNya xkn sembuh sesuatu penyakit...agree if me???? hmmm...sebagai hamba ALLAH dan seorang muslim...kita kenalah yakin dengan kekuasaan ALLAH menyembuhkan penyakit...Dia menguji kita dengan sakit sudah pasti denganNya juga kita harus berdoa meminta penawar...tengok saja zaman sekarang..rawatan alternatif banyak sangat bagai cendawan tumbuh selepas hujan..x ketinggalan juga rawatan moden..kedua-duanya elok cuma bergantung pada seseorang untuk memilih..selagi tidak bertentangan dengan syarak apa salahnya kn...hehe...lari jauh plak nie...


berbalik pasal ubat-ubatan knnn...hmmmm...masuk semester 2 ak dan kawan2 akn belajar subjek farmakologi...it looks interesting but i can feel the toughness,,,huhuhuhu...hope everything gonna be fine...farmakologi ialah di mana kita akan mempelajari tindakan ubat di dalam badan kita...setiap jenis ubat ada tindakan yang berbeza-beza...hmmm...x sabar nk belajar...nk citer lebih-lebih pun ilmu masik cetek di dada..insyaALLAH bila dh belajar nanti segala yang menarik akan ak kongsikan k...intak2 ada masa sudahlaa..letihlaaa nk bebel byk2 nie...mesti anda2 pun dh bosan kn...hehehe...ok kite jumpa next entri lah...insyaALLAH...



mcm2 jenis larh...


kalu xnk makan sama2 jaga kesihatan...hihi


p/s : segala yang baik jadikan teladan yang x baik jadikan sempadan...mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan khilaf...wallahua'lam ;))

Pasangan Bercinta~~

Sekadar untuk renungan dan utk dikongsi bersama bagi pasangan yang bercinta...
 
Harapan wanita kepada teman lelakinya....
 
Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg membersamai perjalananku nanti...

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat.

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu.

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya.

Aku percaya, kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada.

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri....
 
Aku pun begitu sayang

Aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain,agar baktiku padamu pun sempurna.

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aq inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… karna kau tahu? meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti.

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu.

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu,yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu.

Akupun ingin menjadi ‘aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang,seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘aisyah”.

Aku ingin menjadi fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan karna aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi karna aku ingin mencintaimu dengan sempurna,tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja.

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi dipelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu cintaku padamu,tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku… usahaku ini tidak mudah sayang, begitupun usahamu.. kuyakin itu.. maka tetaplah dalam jihadmu.. tetaplah dalam usahamu.. tetaplah dalam ikhiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat dsni dalam jihad dan ikhtiarku,bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon karna doa yg dapat menolongku hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama dan nanti.. terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa mejadi khadijahmu, ‘aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda hajar tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini… teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya karnaNya…aamiin,

p/s: x ingat copy dari mana...diharap entri ini dapat membuka mata insan-insan yang berkenaan,,.pesanan ini bukan pada pembaca sahaja malah untuk diri sendiri juga,,,bersama membaiki diri ke arah lebih baik.. wallahua'lam...;))

Tuesday, 13 November 2012

4 months .....

assalamualaikum n salam sejahtera semua...dh lama btul x update blog nie..almost 4 bulan since masuk tempat baru nie.. KSKB SULTAN AZLAN SHAH,ulu kinta perak... byk btul perasaan yang nak dikongsikan..tapi masa x mengizinkan..dari masa ke semasa insyaALLAH akn di update jika ada kelapangan..hehe..

ak mula mendaftar sebagai pelatih PENOLONG PEGAWAI FARMASI pada 2 Julai 2012 di kskb sas nie...alhamdulillah...pada mulanya ak sendiri kabur ngan pilihan ak masuk sini...tp ak yakin ada hikmahnya kenapa ALLAH tetapkan laluan sebegini untuk aku...hari demi hari membuatkan ak semakin selesa berada di sini...walaupun banyak dugaan dan ujian tapi alhamdulillah setakat ini ak masih ada kawan2 dan family yang sgt supportive...ak menjejak kaki di sini tanpa mengenali sesiapa pon...agak risau pada mulanya tapi alhamdulillah sekali lagi...x susah untuk ak dpt kawan2 yang betul2 menyenangi hati aku...aku bersyukur kerana perjalanan aku di sini dipermudahkan ALLAH...sesi pembelajaran agak berlainan daripada apa yang aku alami sebelum ni semasa UM n UITM...ak sedar ak bukan lg student universiti yang membayar untuk belajar tapi aku skarang seorang pelatih yang dibayar untuk belajar...so...alhamdulillah sekali lagi...walau macam mana dugaan atau ujian pasti terselit hikmah daripadaNya yang kita sebaai hamba memnag terlalu kerdil untuk memahaminya...jangan sesekali kita menyalahkan takdir...setuju x??? kadang kala memang hati ak teringat kwn2 sekolah dahulu yang kebanyakannya dh 'fly' ke luar negara, yang dalam negara pulak ada kat universiti2 hebat dan sudah ke tahap degree...tapi itulah orang kata...rezeki ni masing2...ALLAH xberi kita peluang sebegitu sebab Dia ada rancangan yang lebih baik untuk kita...betol x???

sekarang dh masuk 4 bulan ak di sini...alhamdulillah...apa yang telah ditetapkan ALLAH mmg tepat sekali...ak mula hepi berada disini...bersama kawan2 yang happening...yang boleh berkongsi suka duka bersama...final exm pon dh selesai...sekarang nie masa untuk bertawakal dengan ape sahaja result yang kite dh usahakan...insyaALLAH...harap2 ak n kwn2 batch 62 farmasi akan sama2 lulus dengan cemerlang sehingga tamat pengajian 3 tahun lagi...be positif...xlama tue 3 tahun..hahahaha...hmmm...rasanye setakat ini dulu lah...insyaALLAH next time cerita lagi pasal kos yang ak amik ni farmasi...hehe..kalu ada kelapangan...

batch 62 farmasi...

mase orientasi...

bergiat dalam koir pulak..

mini farmasi at kskb...

entrance kskb sas...

berbuka puasa di rumah org tua2...

my <3 roomates...

who makes me smile....;')



salam ukhuwah fillah~~ ;))


Sunday, 24 June 2012

A PiEce of Value~~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pada semua ... alhamdulillah untuk post kali nie...melihat pada titlenya mungkin anda tertanya tanya apakah yang dimaksudkan...hari ni ak ada tengok satu cerita hindustan di channel zee astro...tajuk filem ni GOD TUSSI GREAT HO...filem lakonan Salman Khan, Amitabh Bachan dan heroin x tahu nama...hehehe...jgn pelik tiba2 ak nk bgtaw pasal apa ak tgk...apesal laahhh...

kalu x menarik buat apa ak nk bagitau kn..bg aku jalan cerita ni amat mendalam dan punya moral value tanpa kita sedari...

senang cita cmni lahhh...cita nie pasal seorang lelaki yang merupakan pengacara sebuah rancangan televisyen...nama pendek AP lah...nama pnjg x ingat...hehe...dilakonkan oleh salman khan...seorang lagi amitabh bachan melakonkan watak sebagai Tuhan mereka...

bukan nk ckp kita kena samakan Tuhan mereka dengan ALLAH swt...harap kalian tidak salah faham...ak nk highlight tentang jalan cerita filem nie...(x cita2 lagi...haish)


ok cmni...AP nie seorang yang tidak percayakan Tuhan mereka...segala apa yang berlaku dia selalu menyalahkan Tuhan mereka...one day...Tuhan mereka iaitu amitabh bachan nie...memberi peluang pada AP untuk menjadi Tuhan dalam masa 10 hari sahaja...bermula dari itu, AP mula mendapat kuasa seperti Tuhan mereka...mcm2 hal yang berlaku...dia mula gunakan kuasa dia untuk kepentingan diri dia...sudah 9 hari berlalu..tiada apa2 perubahan yang dilakukan pada dunia yang sebelum ni dia sendiri kritik Tuhan mereka tidak mahu memakbulkan doa mereka...satu hari sahaja tinggal...AP mendengar segala permintaan daripada rakyat...pelbagai jenis permintaan sehingga dia merungut manusia nie xdk keja lain asyik meminta sahaja...sehingga bingit telinganya terngiang-ngiang segala permintaan daripada rakyat...dia tidak dapat menanggung tekanan tersebut dan mengambil keputusan untuk MEMAKBULAN SEGALA PERMINTAAN / DOA YANG DIMINTA KEPADA TUHAN....pada masa ini AP bertindak sebagai Tuhan...



selesai sudah sepuluh hari AP menjadi Tuhan dan susulan daripada tindakn dia memakbulkan semua doa rakyat...inilah yang terjadi:

- SEORANG IBU DAN DUA ANAK MEMINTA MENANG LOTERI DAN DIMAKBULKAN ===> suami kepada ibu tersebut mengambil semua wang loteri dan mereka merempat dan jatuh miskin....

- ADIKNYA YANG MENJADI PUJAAN DALAM BANDAR ITU BERKAHWIN ===> malangnya...dengan pemuda yang AP sendiri benci....doa pemuda tersebut dimakbulkan untuk berkahwin dengan adiknya....

- TEMAN WANITA AP IAITU ALIA JUGA BERKAHWIN ===> malangnya...dengan lelaki yang tidak mencintainya...perkahwinan berlaku kerana lelaki itu memohon pertolongan dari Tuhan mereka dan dimakbulkan doanya....

- SEORANG PENGEMIS YANG SELALU MEMINTA UNTUK BERTUKAR MENJADI ANJING KERANA ANJING SSERING DIBELAI MANUSIA ===> doanya dimakbulkan dan bertukar perwatakannya seperti seekor anjing....

- BANDUAN-BANDUAN DI SELURUH NEGARA DIBEBASKAN ===> doa mereka untuk bebas dari penjara dimakbulkan Tuhan...begara terus huru-hara apabila penjahat melakukan jenayah dengan berleluasa....susulan itu...ketika majlis perkahwinan teman wanitanya...penjahat2 telah menyerang dan ALIA TELAH DITEMBAK!!!!

-PARA PEKERJA MENJADI KETUA KERANA DOA MEREKA UNTUK MENYINGKIRKAN KETUA MEREKA===>impian mereka menjadi kenyataan dan ketua ditindas dan diganti dengan pekerja-pekerja yang langsung tidak berkebolehan...


banyak lagi perkara yang tidak diingini berlaku...sehinggakan keadaan dunia ketika itu huru-hara...AP terfikir akan punca semua kejadian...dia sedar yang AKULAH PUNCANYA...sejuta penyesalan dizahirkan oleh AP tambah-tambah apabila melibatkan ALIA yakni kekasih hatinya yang tertembak dan meninggal dunia...


seterusnya...dia terus menemui Tuhan mereka(amitabh bachan)....dan menyatakan penyesalannya...di sini Tuhan mereka menyimpulkan bahawa kerja Tuhan mereka sesekali tidak akan mampu digalas oleh manusia...





lebih kurang mcm gitulah jalan ceritanya yang sy ingat...kalu nk fhm lebih bolehlaa cari mana2 website yg ada cerita nie...or maybe ada ulangan kn...ok jom kita tgk apa yang tersirat di sebalik cerita ini...bukan nk ckp ALLAH SWT sama hebat dengan Tuhan mereka...nau'zubillah...namun apa sahaja yang baik kita boleh jadikan pedoman untuk kita...

  • ALLAH SWT MAHA BESAR ATAS TIAP2 SESUATU...KITA HANYALAH HAMBA YANG DICIPTAKANNYA UNTUK BERIBADAH,MENJADI KHALIFAH DAN SEORANG HAMBA KEPADANYA....
  • KERJA ALLAH TIDAK AKAN MAMPU DIGALAS OLEH MANUSIA YANG MERUPAKAN MAKHLUK CIPTAANNNYA....
  • SETIAP YANG ALLAH TETAPKAN/TAKDIRKAN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA YANG KITA SEORANG HAMBA YANG KERDIL TAK AKAN KETAHUI....HANYA PERLU YAKIN DAN BERSERAH PADA KEKUASAANNYA...
  • YANG PALING JELAS...KITA TENGOK DARI CERITA INI...KENAPA ALLAH TIDAK MEMAKBULKAN SEMUA DOA HAMBANYA...ALLAH ADA PERANCANGANNYA YANG TERSENDIRI...ADA TIGA CARA ALLAH MEMAKBULKAN DOA KITA...

 Sentiasalah Bersangka Baik Dgn Allah S.W.T ...


Bila Allah S.W.T Cepat Makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,


Bila Allah S.W.T Lambat Makbulkan Doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,

Bila Allah S.W.T Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH S.W.T Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Dari Kemurkaan-Nya.
by : imam muda nazrul...


rasanya setakat itu sahaja yang dapat ak simpulkan...diharapkan entri ini tidak menimbulkan kontroversi kerana segala yang dikongsikan adalah untuk tujuan motivasi dan membaiki diri kearah menjadi lebih baik...sebarang komen amat saya alu-alukan..sekian...WALLHUA'LAM


alhamdulillah ^.^