Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pada semua ... alhamdulillah untuk post kali nie...melihat pada titlenya mungkin anda tertanya tanya apakah yang dimaksudkan...hari ni ak ada tengok satu cerita hindustan di channel zee astro...tajuk filem ni GOD TUSSI GREAT HO...filem lakonan Salman Khan, Amitabh Bachan dan heroin x tahu nama...hehehe...jgn pelik tiba2 ak nk bgtaw pasal apa ak tgk...apesal laahhh...kalu x menarik buat apa ak nk bagitau kn..bg aku jalan cerita ni amat mendalam dan punya moral value tanpa kita sedari...senang cita cmni lahhh...cita nie pasal seorang lelaki yang merupakan pengacara sebuah rancangan televisyen...nama pendek AP lah...nama pnjg x ingat...hehe...dilakonkan oleh salman khan...seorang lagi amitabh bachan melakonkan watak sebagai Tuhan mereka...bukan nk ckp kita kena samakan Tuhan mereka dengan ALLAH swt...harap kalian tidak salah faham...ak nk highlight tentang jalan cerita filem nie...(x cita2 lagi...haish)ok cmni...AP nie seorang yang tidak percayakan Tuhan mereka...segala apa yang berlaku dia selalu menyalahkan Tuhan mereka...one day...Tuhan mereka iaitu amitabh bachan nie...memberi peluang pada AP untuk menjadi Tuhan dalam masa 10 hari sahaja...bermula dari itu, AP mula mendapat kuasa seperti Tuhan mereka...mcm2 hal yang berlaku...dia mula gunakan kuasa dia untuk kepentingan diri dia...sudah 9 hari berlalu..tiada apa2 perubahan yang dilakukan pada dunia yang sebelum ni dia sendiri kritik Tuhan mereka tidak mahu memakbulkan doa mereka...satu hari sahaja tinggal...AP mendengar segala permintaan daripada rakyat...pelbagai jenis permintaan sehingga dia merungut manusia nie xdk keja lain asyik meminta sahaja...sehingga bingit telinganya terngiang-ngiang segala permintaan daripada rakyat...dia tidak dapat menanggung tekanan tersebut dan mengambil keputusan untuk MEMAKBULAN SEGALA PERMINTAAN / DOA YANG DIMINTA KEPADA TUHAN....pada masa ini AP bertindak sebagai Tuhan...selesai sudah sepuluh hari AP menjadi Tuhan dan susulan daripada tindakn dia memakbulkan semua doa rakyat...inilah yang terjadi:- SEORANG IBU DAN DUA ANAK MEMINTA MENANG LOTERI DAN DIMAKBULKAN ===> suami kepada ibu tersebut mengambil semua wang loteri dan mereka merempat dan jatuh miskin....- ADIKNYA YANG MENJADI PUJAAN DALAM BANDAR ITU BERKAHWIN ===> malangnya...dengan pemuda yang AP sendiri benci....doa pemuda tersebut dimakbulkan untuk berkahwin dengan adiknya....- TEMAN WANITA AP IAITU ALIA JUGA BERKAHWIN ===> malangnya...dengan lelaki yang tidak mencintainya...perkahwinan berlaku kerana lelaki itu memohon pertolongan dari Tuhan mereka dan dimakbulkan doanya....- SEORANG PENGEMIS YANG SELALU MEMINTA UNTUK BERTUKAR MENJADI ANJING KERANA ANJING SSERING DIBELAI MANUSIA ===> doanya dimakbulkan dan bertukar perwatakannya seperti seekor anjing....- BANDUAN-BANDUAN DI SELURUH NEGARA DIBEBASKAN ===> doa mereka untuk bebas dari penjara dimakbulkan Tuhan...begara terus huru-hara apabila penjahat melakukan jenayah dengan berleluasa....susulan itu...ketika majlis perkahwinan teman wanitanya...penjahat2 telah menyerang dan ALIA TELAH DITEMBAK!!!!-PARA PEKERJA MENJADI KETUA KERANA DOA MEREKA UNTUK MENYINGKIRKAN KETUA MEREKA===>impian mereka menjadi kenyataan dan ketua ditindas dan diganti dengan pekerja-pekerja yang langsung tidak berkebolehan...banyak lagi perkara yang tidak diingini berlaku...sehinggakan keadaan dunia ketika itu huru-hara...AP terfikir akan punca semua kejadian...dia sedar yang AKULAH PUNCANYA...sejuta penyesalan dizahirkan oleh AP tambah-tambah apabila melibatkan ALIA yakni kekasih hatinya yang tertembak dan meninggal dunia...seterusnya...dia terus menemui Tuhan mereka(amitabh bachan)....dan menyatakan penyesalannya...di sini Tuhan mereka menyimpulkan bahawa kerja Tuhan mereka sesekali tidak akan mampu digalas oleh manusia...lebih kurang mcm gitulah jalan ceritanya yang sy ingat...kalu nk fhm lebih bolehlaa cari mana2 website yg ada cerita nie...or maybe ada ulangan kn...ok jom kita tgk apa yang tersirat di sebalik cerita ini...bukan nk ckp ALLAH SWT sama hebat dengan Tuhan mereka...nau'zubillah...namun apa sahaja yang baik kita boleh jadikan pedoman untuk kita...
- ALLAH SWT MAHA BESAR ATAS TIAP2 SESUATU...KITA HANYALAH HAMBA YANG DICIPTAKANNYA UNTUK BERIBADAH,MENJADI KHALIFAH DAN SEORANG HAMBA KEPADANYA....
- KERJA ALLAH TIDAK AKAN MAMPU DIGALAS OLEH MANUSIA YANG MERUPAKAN MAKHLUK CIPTAANNNYA....
- SETIAP YANG ALLAH TETAPKAN/TAKDIRKAN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA YANG KITA SEORANG HAMBA YANG KERDIL TAK AKAN KETAHUI....HANYA PERLU YAKIN DAN BERSERAH PADA KEKUASAANNYA...
- YANG PALING JELAS...KITA TENGOK DARI CERITA INI...KENAPA ALLAH TIDAK MEMAKBULKAN SEMUA DOA HAMBANYA...ALLAH ADA PERANCANGANNYA YANG TERSENDIRI...ADA TIGA CARA ALLAH MEMAKBULKAN DOA KITA...
Sentiasalah Bersangka Baik Dgn Allah S.W.T ...
Bila Allah S.W.T Cepat Makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,
Bila Allah S.W.T Lambat Makbulkan Doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,
Bila Allah S.W.T Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH S.W.T Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Dari Kemurkaan-Nya.by : imam muda nazrul...
rasanya setakat itu sahaja yang dapat ak simpulkan...diharapkan entri ini tidak menimbulkan kontroversi kerana segala yang dikongsikan adalah untuk tujuan motivasi dan membaiki diri kearah menjadi lebih baik...sebarang komen amat saya alu-alukan..sekian...WALLHUA'LAMalhamdulillah ^.^
do follow my blog ya..
ReplyDeletehttp://sheilanasir.blogspot.com
salam ukhwah..betul apa yg diperkatakan dlm n3 nih..sesunggunya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2-Nya..
ReplyDeletealololololoo unni. citer tu saya da tgk. best kan?
ReplyDelete