Assalamualaikum dan salam
sejahtera sahabat2 suma..alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk update blog
nie..hihhihihii..hari nie sy nak kongsi satu benda..baru2 nie sy tgk ulangan
imam muda 2 di astro oasis..maklumlah dulu x berkesempatan nk tengok..dalam
satu minggu tugasan dyorang yang paling menyentuh hati sy ialah masa dyorang
ditugaskan member kaunseling pada banduan2 dalam penjara yang dikenakan hukuman
mati dan penjara seumur hidup..ya ALLAH..
Tugasan ni saya rasa paling
mencabar la..sy selalu merasakan kalu sy berada di tempat imam2 muda tue..mesti
cuak..tapi Alhamdulillah dyorang memang hebat dan boleh settle sesi tue..apa
yang saya nk highlight kt sini..
1. Walaupun
ditakdirkan untuk tinggal di penjara seumur hidup ataupun hukuman mati, banduan
tersebut harus bersyukur kerana dipilih oleh ALLAH untuk lebih mendekatkan diri
dengan ALLAH ketika dalam penjara dan berpeluang untuk bertaubat sebelum
menemui ajal yang mereka sendiri tahu bagaimana kesudahan mereka(dihukum mati)
2. Walaupun
pernah membuat kesilapan yang besar dalam hidup mereka, ketahuilah bahawa ALLAH
SWT Maha Pengampun dan memberi maaf kepada hambaNya yang bertaubat..ramai
antara mereka mempersoal tentang kebebasan mereka..kenapa mereka yang dipilih
untuk masuk dalam penjara..kenapa tidak orang laen..ya ALLAH..ingatlah bahawa
ALLAH tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kemampuannya..mereka mampu
untuk lalui semua nie dan ujian yang dihadapi adalah sebagai tanda kasih syg
ALLAH kpd hambaNya..
3. Cuba
bayangkan jika mereka yg melakukan kesalahan ini masih bebas, adakan mereka
mempunyai masa untuk bermuhasabah diri memikirkan kesalahan mereka,bertaubat
atas apa yang berlaku??..ya ALLAH..bersabarlah sahabat2 seagama kita di dalam
sana..mudah mudahan taubat mereka akan diterima oleh ALLAH SWT..
Memang x dpt digambarkan
kesengsaraan,kebosanan mereka berada di dalam penjara..memang pilu
melihat..semoga mereka diberi kekuatan untuk terus mendekatkan diri mereka
kepada ALLAH..ada banduan yang menyambut baik kedatangan imam muda kesana ada
juga yang tidak..bg yang tidak senang dgn kedatangan imam ini mereka berkata
sudah banyak kali dikaunseling oleh ustaz2 yang datang ke penjara ini..bercakap
mengenai perkara yang sama..mereka bosan..hal ini boleh jadi kerana mereka
masih belum terbuka hati untuk menerima takdir ALLAH yang telah ditetapkan
ni..tetapi HIDAYAH ITU MILIK ALLAH..usaha yang berterusan disusuli dengan doa
insyaALLAH akn membuahkan hasil..sebagai masyarakat yang berada di luar
teruslah memberi dorongan kepada mereka..jgn kita terlalu memikirkan tentang
hasil namun USAHA yang berterusan lebih signifikan..
Berbalik kepada situasi kita yang
bebas berbuat apa sahaja....
- Fikirlah dahulu sebelum kita membuat sesuatu yang kesannya kita sendiri tidak sanggup untuk hadapi ...
- Fikirlah sejenak untuk terus muhasabah diri dan sentiasa bertaubat kpd ALLAH kerana kita tidak putus2 melakukan dosa ...
- Fikir bahawa adakah ada jaminan kita akn kembali kepada ALLAH dlm keadaan yang baik atau sebaliknya..byk2 berdoa agar mendapat husnul khatimah(kesudahan yg baek) dan elak daripada suul khatimah(kesudahan x baik)..
Janganlah kita terus menghukum
orang yang byk berbuat dosa kerana diri kita sendiri belum tentu bagaimana takdirnya..mereka
didalam penjara beruntung kerana diberi peluang untuk bertaubat walaupun pernah
melakukan kesilapan besar..kita bagaimana,adakah sempat untuk kita bertaubat?????????????
THINK3!!!!!
WALLAHUA’LAM...alhamdulillah~~ ^_^
No comments:
Post a Comment